Suara Berita

Suara Berita

Saturday, October 31, 2009

Jejambat

Negeri Perak terbelah dua
Memburu kuasa tiada bertepi
Jejambat runtuh murid jadi mangsa
Pembuat hilang mana menyepi

Thursday, September 10, 2009

Kepala Lembu

Kepala lembu heboh diperkata
Tambahan pula ia dipijak
Dalam Islam dilarang menghina
Hormat lain agama dikira bijak

Monday, August 17, 2009

Calun Bebas

Kamarul Ramizu calun bebas
Lambang parti tidak diketahui
Apa isu yang hendak dihempas
Selamat bertanding itu yang pasti

Sunday, August 16, 2009

Bakal Calun

Salleh Man dan Rohaizat bakal calun
Pada pilihanraya Permatang Pasir
Silalah buat pilihan yang mana cun
Kekal harmoni dalam sindir menyindir

Selangor

Tebu dimakan menjadi ampas
Airnya manis dibuat gula
Negeri Selangor orang nak rampas
Jika terlepas berputih mata

Saturday, August 15, 2009

Pengkianat

Pengkianatan satu tuduhan dibuat
Kepada yang tidak sealiran fahaman
Tuduhan selepas rasa tidak selamat
Pemimpin celaru rakyat mahu aman

Kepada yang tidak sealiran fahaman
Berbeza pendapat jadi mainan
Pemimpin celaru rakyat mahu aman
Pilihan rakyat hendaklah diutamakan

Berbeza pendapat jadi mainan
Kekadang pemimpin yang buat tak reti
Pilihan rakyat hendaklah diutamakan
Prinsip rukunnegara perlu dihormati

Friday, August 14, 2009

Permatang Pasir

Permatang Pasir nama diberi
Ramai orang akan mengundi
Pilihanraya yang tidak dicari
Ianya datang perkenan Ilahi

H1N1


Penyakit H1N1 sedang melanda

Satu Malaysia sedang berwaspada

Hendaklah kita sentiasa berpada

Terutama pergaulan perlu dijaga

Satu Malaysia


Satu Malaysia cogan kata baru
Satu gagasan idea terkini
Suara rakyat perlu dibantu
Pencapaian pula perlu dipenuhi

Thursday, May 14, 2009

Politik Lembah Kinta

Lembah Kinta di Negeri Perak
Tempat tinggal berbilang bangsa
Satu negeri sudah berselerak
Angkara mereka yang berkuasa