"Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,"
"Saya rakamkan di sini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia - tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata,"
"Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam,"
"Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara,"
"Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno,""Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri,"
"Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,"
"Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah di atas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam,"
“I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.” - Voltaire
Suara Berita
Thursday, June 10, 2010
Tuesday, June 1, 2010
Tayyip Erdogan On Israeli marines stormed a Turkish aid ship
Turkish Prime Minister Tayyip Erdogan on Monday accused Israel of state terrorism after Israeli marines stormed a Turkish aid ship bound for Gaza.
"This action, totally contrary to the principles of international law, is inhumane state terrorism. Nobody should think we will keep quiet in the face of this," Erdogan told reporters from Chile, where he was cutting short an official visit to Latin America to deal with the crisis.
"This action, totally contrary to the principles of international law, is inhumane state terrorism. Nobody should think we will keep quiet in the face of this," Erdogan told reporters from Chile, where he was cutting short an official visit to Latin America to deal with the crisis.
Ahmadinejad dan armada bantuan kemanusiaan untuk penduduk Jalur Gaza
“Jika anda ingin memiliki kedudukan dan kredibilitas di dunia, maka hentikannya dukungan kalian kepada para penjahat Zionis yang mahir melakukan pembunuhan dan kehancuran.”
Subscribe to:
Posts (Atom)