Suara Berita

Suara Berita
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Perdana Menteri

Perdana Menteri Malaysia juga dikritik mempunyai kelemahan. Kelemhan disini bermaksud dikatakan dipengaruhi oleh orang lain dalam membuat keputusan. Sebagai contoh jika Tun Dr Mahathit tunduk kepada ANAKnya Mirzan. Tun Abdullah pula kepada MENANTUnya Khairy. Datuk Seri Najib pula dikatakan tunduk kepada ISTERInya DS Rosmah. Jika mengikut trend ini jika selepas ini jika DS Anwar ditakdirkan menjadi Perdana Menteri ia akan mudah tunduk kepada siapa agaknya.

Monday, August 17, 2009

Calun Bebas

Kamarul Ramizu calun bebas
Lambang parti tidak diketahui
Apa isu yang hendak dihempas
Selamat bertanding itu yang pasti

Sunday, August 16, 2009

Bakal Calun

Salleh Man dan Rohaizat bakal calun
Pada pilihanraya Permatang Pasir
Silalah buat pilihan yang mana cun
Kekal harmoni dalam sindir menyindir

Selangor

Tebu dimakan menjadi ampas
Airnya manis dibuat gula
Negeri Selangor orang nak rampas
Jika terlepas berputih mata

Saturday, August 15, 2009

Pengkianat

Pengkianatan satu tuduhan dibuat
Kepada yang tidak sealiran fahaman
Tuduhan selepas rasa tidak selamat
Pemimpin celaru rakyat mahu aman

Kepada yang tidak sealiran fahaman
Berbeza pendapat jadi mainan
Pemimpin celaru rakyat mahu aman
Pilihan rakyat hendaklah diutamakan

Berbeza pendapat jadi mainan
Kekadang pemimpin yang buat tak reti
Pilihan rakyat hendaklah diutamakan
Prinsip rukunnegara perlu dihormati

Friday, August 14, 2009

Permatang Pasir

Permatang Pasir nama diberi
Ramai orang akan mengundi
Pilihanraya yang tidak dicari
Ianya datang perkenan Ilahi

Thursday, May 14, 2009

Politik Lembah Kinta

Lembah Kinta di Negeri Perak
Tempat tinggal berbilang bangsa
Satu negeri sudah berselerak
Angkara mereka yang berkuasa