“I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.” - Voltaire
Suara Berita
Wednesday, June 27, 2012
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN MEMBENTERAS RASUAH
KEP?IMPINAN MELALUI TELADAN MEMBENTERAS RASUAH
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.
Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.
Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.
"Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.
"Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri," katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.
Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.
"Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai," katanya.
~~~~Ada tak pemimpin2 lain yg dah ada jawatan di negara kita berani cakap. macam ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment