Suara Berita

Suara Berita

Thursday, May 20, 2010

Tawan Hati

Saya yakin dalam tempoh dua bulan atau paling lambat setahun, kita dapat (yakinkan hati rakyat), Insya-Allah tawan hati masyarakat Melayu, Muslim, Melanau dan Iban di Sarawak. Dan kalau ini berlaku, saudara tahu landskap politik Malaysia akan berubah dengan drastiknya".

"Jangan kata ini modal UMNO, UMNO dia gah bunyi sahaja, sokongan di Semenanjung parah. Kita patut fikir bahawa masalah Melayu, miskin susah, bukan kerana cina kaya tetapi kerana pemimpin Melayu yang rasuah dan zalim. Ini kita kena faham betul-betul, dasar ditentukan, buat satu yang betul-betul, beri pelaburan kepada rakyat, majoriti Melayu, India, Iban Kadazan bagi semua.. apa salahnya" ujar Anwar.

" Isu runtuhnya sistem pemerintahan negara, saudara hendak berikan pada siapa? Bagi polis siasat, dia tidak tahu masalah. Pendakwaraya, pergi kepada hakim,..... kerana ini Malaysia, orang gunakan kuasa begitu rupa. Kita merdeka setengah abad, negara ini tidak menghormati sistem perundangan kerana pimpinnya mengamalkan korup" - tv selangor

No comments:

Post a Comment