Suara Berita

Suara Berita

Saturday, July 30, 2011

Di perairan kelantan trdpat simpanan GAS ASLI sbyk 13 TRILLION kaki persegi

Di perairan kelantan trdpat simpanan GAS ASLI sbyk 13 TRILLION kaki persegi cukup utk 7 generasi rakyat kelantan bersamaan 500 TAHUN lamanya.Melalui penerokaan ini,Petronas akn m'bayar kpd kelantan brnilai RM512 RIBU shari bersamaan RM186 JUTA stahun

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 29, 2011

Saterawan

Saterawan di daerah ini sekarang ni lebih mementingkan wang daripada perjuangan membela masyarakat? Tumpuan sastera untuk masyarakat, malah sastera untuk seni @ bahasa sudah dikesampingkan!...Saterawan kita juga telah dirasuk sindrom takut!??..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 28, 2011

Kontraktor Kelas F

Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang, berkata biarpun kontraktor amat teruja apabila kerajaan mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang membabitkan projek bernilai puluhan bilion ringgit, tetapi pada hakikatnya kontraktor Kelas F terpaksa terus 'ikat perut' kerana tiada projek baru untuk mereka.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 26, 2011

PAS kuno sebab itu tolak guna sistem biometrik

PAS kuno sebab itu tolak guna sistem biometrik: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pas berfikiran kuno kerana meno...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Biometrik

Bersungguh betul SPR nak laksana kaedah Biometrik yang lebih canggih dan sepatutnya lebih mahal berbanding dengan celup jari yang sepatutnya lebih mudah dan murah untuk mencegah pengundi hantu. Kalau Mykad rosak macamana?? Batalkan penggunaan Biometrik pada saat akhir??? Bukan 1 atau 2 Mykad rosak tapi dilaporkan 2.4 Juta Mykad rosak.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dewan Utama Darul Ifta', Kaherah, Mesir

Hari ni 25 Julai 2011, Sahabat kita Saudara Firdaus B. Madzlan sepatutnya akan berada di Dewan Utama Darul Ifta', Kaherah, Mesir untuk menghadiri konvokesyen bersama sahabat2 seperjuangannya yg telah 3 tahun menimba Ilmu di Darul Ifta' | Semua itu hanya tinggal Impian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 25, 2011

Mohd Firdaus Madzlan

kasihan anak muda saudara Mohd Firdaus Madzlan telah dirampas msa depannya oleh kedutaan malaysia di mesir kerana menyokong bersih.. hanya mampu melihat kwn2 menggenggam ijazah keesokannya sdgkan dia adalah pelajar cemerlang tiap tahun.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ekuiti bumiputera dalam pasaran modal

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan kerajaan pegangan ekuiti bumiputera dalam pasaran modal kini mencecah 22% berbanding sasaran 30%. Bumiputera adalah penduduk majoriti Malaysia tetapi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Majoriti pegangan ekuiti 22% adalah dari agensi bumiputera yang diuruskan oleh kerajaan seperti PNB dan Tabunghaji. Kalau nak diharapkan pegangan individu entah berapa peratuslah agaknya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Where the money go

nak hujah? ke sini semua duit2 ni pergi;
BBMB bailout , a total of 4 times - RM10.4 billion.
Perwaja Steel - RM10 billion.
Indah Water Konsortium (IWK) - RM200 million.
Konsortium Perkapalan Berhad - RM1.7 billion.
Hicom (Proton) losses over the years- RM1 billion.
MAS bailout from over repayment above market value of shares - over RM1 billion
KWSP, for Danaharta and Khazanah buyout of Timedotcom shares not taken - RM3.3 billion.
Bailout of LRT PUTRA and STAR - RM6 billion.
Bailout of Renong/UEM - RM12 billion.
Bakun Dam, settlement - RM 1 billion
InventQjaya - RM228 million
Crooked bridge, settlement - RM257 million
Broga Incinerator settlement- RM500 million
Agusta loss- RM510 million
Port Klang Free Zone 'extravaganza' - RM4.6 bilion
Offshore Petrol Vehicle scandal(PSC-NDSB) - RM6.75 bilion
Blok L dan M - RM 380 billion
Sime Darby - RM 1.6 billion AND COUNTING !
Pos Malaysia - RM 546 million
Felda - RM 8 Billion
'Additional', miscellaneous from Khazanah - dunno just yet !

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fire

A flicker of fire
A flicker of fire
a ray of hope
as the fire burns
as light brightens in the dark
as melted wax drips off the candle
as we remember you at vigils
even as your freedom is denied
even as your movements are curtailed
even as your body is imprisoned
never will your mind be contained
never will your thoughts be chained
never has your spirit cried
for we will never forget you
for we will not stop until you regain freedom
for we will not be silent until unjust laws are removed


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemerintah dan Ulama

Aku menjadi amat hairan laaaa dengan manusia yang tak tau menilaikan dengan aqal SIAPAKAH ULAMAK.... Apakah akan jadi kepada mereka....
Adakah Ulamak itu mesti memberitahu apa yang kerajaan lakukan itu semuanya BENAR BELAKA???
Teringat aku sebuah cerita : Kerajaan Abbasiyah menjemput semua ulama kat PICC membincangkan TAJUK : BOLEH KAH KERAJAAN MENGAMBIL CUKAI DARIPADA RAKYAT UNTUK MENYEDIAKAN KELENGKAPAN PERANG UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA DARI SERANGAN TARTAR"
Semua Ulama bersetuju melainkan seorang. Apakata ulama tersebut.
"Khalifah, saya bersetuju tetapi dengan satu syarat." Dia meneruskan hujjahnya setelah Khalifah bertanya.
"Syaratnya ialah semua harta penguasa negara ini telah dijual kerana menampungkan perbelanjaan, baru boleh diambil dari rakyat kerana puluhan tahun penguasa mengumpulkan harta dari hasil kekuasaan, sedangkan rakyat tidak pernah mendapat hasil kekayaannya...."
Ulama itu diperjarakan kerana berkata benar....... Entah laaaaa


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 24, 2011

Hukum naikkan harga

Fatwa oleh Syeikh Izzuddin bin Abdis Salam, seorang Mujtahid dari Mesir (lahir 578 Hijrah): "HARAM hukumnya menaikkan harga barangan atau mengenakan cukai atas rakyat selagi pemimpin hidup mewah dan orang2 kaya masih belum menginfakkan sebahagian harta mereka."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Territorial Army (Wataniah) company

All 222 parliamentary constituencies nationwide will have a Territorial Army (Wataniah) company by year-end, said Armed Forces chief Zulkifeli Mohd Zin.
He said so far the Territorial Army had been set up in 189 parliamentary constituencies with a total strength of 60,000 members under the 506th Territorial Army Regiment.
"This is aimed at attracting youths to join the army as those, who are well trained, can be absorbed into the army.
"This is a privilege for the Territorial Army where trained members can be absorbed as regulars without having to undergo training like the military," he told reporters after launching the Territorial Army companies for the Pasir Mas,
Rantau Panjang, Tumpat and Pengkalan Chepa constituencies in Pasir Mas oday.
On the Territorial Army's racial breakdown, he said 89 per cent of the members were Malays, Chinese (six per cent), Indians (three per cent) and other races (two per cent).
- Bernama


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 23, 2011

Siapa Cemarkan Imej Islam

selama ni siapa mencemarkan imej islam serta menjadikan umat Islam dan non muslim jauh dari hidayah Islam,mendidik umat islam menjadi munafik,dengan fahaman sekularnya seperti "politik suku,agama suku"..Tiada bezanya perjuangan mereka dgn Abdullah Bin Ubay yg mahu mengasingkan Iman dari Islam..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Meroko

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Peguam 'Ops Scorpene' Perancis ditangkap

Peguam 'Ops Scorpene' Perancis ditangkap sebaik tiba dimalaysia....
Tindakan menangkap peguam Perancis, WilliamBourdon. Peguam terkemuka Perancis William Bourdon yang datang ke Malaysia untuk menjelaskan salah laku dalam pembelian kapal selam Scorpene, telah ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur petang tadi.
Difahamkan Bourdon akan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hutang Negara

Hutang negara RM377 billion. Hutang negara mencecah jumlah RM377 billion tetapi di Perak masih membazir titik peluh rakyat.
Menteri Besar diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.
"Sedangkan bangunan Perak di Ipoh telah siap dengan segala kemudahan. Tindakan itui adalah satu pemborosan wang rakyat dengan puluhan ribu elaun, sewa hotel dan kos penginapan serta kos pengangkutan yang terpaksa dibiayai rakyat kerana mesyuarat exco di Kuala Lumpur,"
Merujuk perangkaan Jabatan Perdana Menteri, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 21, 2011

Kelab Malam dan Masjid

Dalam satu kawasan seperti contoh, penduduk yang tidak ramai tetapi mempunyai berpuluh pusat hiburan. Sebagai contoh di bandar Kuantan, di persekitaran masjid negeri Pahang. Sekitar kawasan masjid tersebut terdapat lebih 20 buah kelab malam yang beroperasi. Sedangkan dalam kawasan tersebut mempunyai sebuah masjid. Apabila kita memohon untuk pembinaan masjid, kerajaan akan cakap untuk mazhab shafie, hanya satu masjid di satu kawasan.
Tetapi apabila mereka memohon untuk pembinaan kelab malam, mazhab apa pula yang mereka pakai sehingga berpuluh-puluh kelab malam dibina dalam satu kawasan yang penduduknya tidak ramai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 14, 2011

Permaidani Merah

Jika melawat diberi permaidani merah. Jika pulang diberi apa
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pecat

Krisis politik: Mesir pecat 700 pegawai kanan polis

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 9, 2011

Perutusan Daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Menjelang Himpunan BERSIH Esok8hb Julai 2011

Perutusan Daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Menjelang Himpunan BERSIH Esok
8hb Julai 2011 - Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.
Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita , mereka adalah sebenarnya mad'u kita. Para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam.
Ianya ditegah di dalam Islam sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu kita tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku , maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi.
Apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan kita.
Bersabarlah kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. Itulah perjuangan para anbia', sahabat dan ulamak sebelum daripada kita. Dewan Ulamak Pas Pusat juga turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia ini.
Kepada kakitangan keselamatan ! sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah InsyaAllah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini.
Ganjaran pahala pasti akan menunggu anda di hari akhirat nanti. Siiru 'ala barokatillah ( Teruskan perjalanan perjuangan anda dengan keberkatan Allah)

YB Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 7, 2011

Membijaksanakan Orang

A Samad Said:
"Dalam kehidupan kita juga harus membijaksanakan orang, harus menyedarkan orang. Apalagi kalau ada kekejaman-kekejaman yang sudah mula membesar.".....Sasterawan Negara

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 5, 2011

Kensel

GERHHHHHH KORG KENSEL BERSIH 2.0 KER?NI AKU MARAH NIH!!!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Undang-undang Baru

Pada dasarnya walaupun kemuncak perhimpunan pada 9hb julai bakal berlangsung di Stadium...Bersih 2.0 telah berjaya mengundang reaksi seluruh pimpinan kerajaan dlm negeri dan luar negara sehingga wujud undang2 baru sape yg memakai baju kuning pun kena tangkap...TAHNIAH BERSIH 2.0...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dikepung

70 amk keadilan di kepong oleh polis d dewan pusat khidmad ahli majlis zon pju 4/5 kota damansara sekarang nih!!!!jam 9.45pm

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rukun Negara

Rukun Negara
☑ Kepercayaan kepada Tuhan
☑ Kesetiaan kepada Raja dan Negara
☑ Keluhuran Perlembagaan
☑ Kedaulatan Undang-undang
...☑ Kesopanan dan Kesusilaan
Walaupun PERLEMBAGAAN membenarkan perhimpunan awam mengikut akta perkara 10(2)..tetapi dalam rukun negara kita, institusi di Raja tetap lebih tinggi dari Perlembagaan..Terima kasih Duli Tuanku, kerana mengisytiharkan BERS✔H 2.0 sbg perhimpunan yg HALAL.
DAULAT TUANKU!! TUANKU LAH PEMBELA RAKYAT MALAYSIA.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 3, 2011

Peludah Warna

Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga.
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID ~ PUITIS DAN BERBISA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Demo

Xxxx buat demontrasi takpa pulak ...tak haram ,xxxx pakai baju mxxxx boleh. orang lain semua haram ,salah ,tangkap ,ugut dan sebagainya tak guna punya xxxx !!! ingat selagi banyak menzalimi rakyat selagi itulah rakyat akan menolak xxxx


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi DUA PULUH (20) NGO Nekad sertai SOLIDARITI BERSIH 2.0

Lagi DUA PULUH (20) NGO Nekad sertai SOLIDARITI BERSIH 2.0
1. Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (Pemuda KLSCAH)
2. Bahagian Pemuda Persatuan Hokkien Selangor & Kuala Lumpur
3. Bahagian Belia Persatuan Sheng An Selangor & Kuala Lunpur
4. Bahagian Belia Persatuan HoPo Kuala Lumpur & Selangor
5. The Kuala Lumpur And Selangor Teo Chew Association, Youth Section
6. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & Kuala Lumpur
7. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & Kuala Lumpur
8. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Yu Hua Kajang Selangor
9. Malaysia Youth and Students Democratic Movement( DEMA)
10. Kesatuan Mahasiswa New Era Kolej
11. University Malaya New Youth Association
12. Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya
13. UTM Chinese Student Council
14. Solidariti Mahasiswa Malaysia
15. Persatuan Bahasa Cina UM
16. Persatuan Bahasa Tiong Hua UPM
17. UUM Student Progressive Front
18. USM Student Progressive Front
19. UPM Student Progressive Front
20. New Era College Student Progressive Front
-merdeka review-


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 2, 2011

KENYATAAN ZUNAR TERHADAP TINDAKAN POLIS MENYIASAT SASTERAWAN NEGARA, A SAMAD SAID

KENYATAAN ZUNAR TERHADAP TINDAKAN POLIS MENYIASAT SASTERAWAN NEGARA, A SAMAD SAID
By Zunar Kartunis Dua

Sasterawan Negara A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang 27 Jun 2011. Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.
Kenyatan saya:
1. Kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.
2. Karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Karyawan mesti marasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.
3. Seseorang karyawan menjadi tidak relevan sekiranya meminggirkan tanggungjawab sosial dengan memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat terbanyak, apatah lagi apabila berdepan dengan sebuah kerajaan yang korup, rasuah dan zalim.
4. Tindakan A Samad hadir pada majlis Bersih adalah satu tindakan terhormat oleh seorang yang bergelar Sasterawan Negara dan ia wajar dipuji.
5. Saya menyeru karyawan-karyawan di Malaysia; penulis, penyajak, penyanyi, pelakon, pelukis, pengarah filem, pencipta lagu, penggiat teater dan sebagainya supaya bangkit dari lena yang panjang dan mengikuti jejak langkah A Samad.
Zunar
Pelukis kartun editorial)
(27 Jun 2011)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TANAH KTMB TG PAGAR HILANG TIDAK KEMBALI

TANAH KTMB TG PAGAR HILANG TIDAK KEMBALI
By Suhaizan Kayat

Kenyataan Media
Khamis 30 Jun 2011
 
TANAH KTMB TG PAGAR HILANG TIDAK KEMBALI
 
 
Keretapi Tanah Melayu Bhd(KTMB) mempunyai  tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula  tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini  adalah dari  Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah(lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16). Tanah ini cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura , terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar. Perjanjian pajakan yang telah dimeterai  dengan pihak British telah menyatakan  bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi  sahaja. Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut. Persoalannya mengapa perjanjian yang mengikat negara ini  tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?
 
Hari ini Khamis 30hb Jun 2011 seluruh rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih apabila tanah KTMB yang telah dipajak selama selama 79 tahu akan diserahkan kepada pihak Singapura. Tanah ini akan hilang tidak kembali. Sebagai balasannya pihak Singapura akan menggantikannya dengan tanah bertaraf  antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.  Terdapat syarikat  usahasama Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte. Ltd yang dimiliki 60% ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40% ekuiti dipegang oleh Temasek Holdings yang akan akan membangunkan tanah tersebut. Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura? Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura ?
 
Tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan. Oleh itu tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional. Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?
 
Penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang. Pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini. Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini.
 
 
Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DEMAM KUNING

DEMAM KUNING melanda Malaysia.Di fahamkam negara kita sedang di landa demam kuning dari hari kesehari.. walaupun ada usaha pencegahan di lakukan Demam kuning semakin merebak dengan pantasnya.di fahamkan oleh sumber sumber berita yang sohih.mengikut ramalan tok nujum demam ini akan di jangka melanda bandar kuala lumpur dengan hebatnya pada minggu hadapan..dan badan kerajaan sedang mengusahakan menyediakan air air asid untuk di sembur kesemua kawasan yang akan di landa sebagai langkah pencegahan..orang oarng pembawa demam kuning besar kemungkinan akan di tahan dan di kuarantinkan selama beberapa hari dan mengikut kajian pakar jika ada kekosongan di kem kemunting besar kemungkinan mereka akan di hantar terus kesana tanpa perlu di rujuk kesihatan mereka
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dua kediaman di Seberang Jaya, Pulau Pinang digunakan sebagai alamat untuk mendaftar 152 pengundi Melayu, Cina dan India

SEBERANG JAYA 1 JULAI : Dua kediaman di Seberang Jaya, Pulau Pinang digunakan sebagai alamat untuk mendaftar 152 pengundi Melayu, Cina dan India dalam contoh terbaru daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terdedah kepada penyelwengan.
Pendedahan itu turut sekali gus mengukuhkan keperluan diadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk mendesak SPR dan kerajaan memastikan pilihanraya umum ke 13 dijalankan secara telus dan adil.
Seorang bloger bergelar Anak Sungei Derhaka mendedahkan daftar pengundi SPR menunjukkan 88 pengundi Melayu dan India didaftarkan di alamat No 1155, Kampung Bagan Serai.
Kesemua mereka didaftar untuk mengundi di kerusi parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka turut didaftar untuk mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya.
Selain itu, daftar SPR juga menunjukkan 64 pengundi Melayu dan India didaftarkan No 1138, Kampung Bagan Serai.
Pemerikasaan Anak Sungei Derhaka mendedahkan dua alamat itu membabitkan dua rumah kecil papan. Gambar-gambar rumah berkenaan disiarkan di laman web
darisungeiderhaka.blogspot.com.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 1, 2011

HAK2 ANDA APABILA DITAHAN POLISBy Ennie Hesni

HAK2 ANDA APABILA DITAHAN POLIS
By Ennie Hesni

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
 
1.1 Tidak Berpakaian Seragam,
 
Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."
 
1.2 Kad Kuasa Polis
 
Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
 
Lain-lain Warna:
 
• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.
 
• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
 
• Putih: Polis Simpanan
 
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.
 
1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
 
1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.
 
2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
 
2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
 
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, 
"Adakah saya sedang ditangkap?"
 
2.3 Bilakah anda ditahan
 
Anda ditahan apabila anggota polis itu:
 
• menjawab "ya";
 
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
 
• menggari anda.
 
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
 
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap
 
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda 
(Pernyataan 112/Saksi).
 
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
 
3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
 
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.
 
3.3 Membuat Pernyataan 112
 
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
 
• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
 
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
 
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
 
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
 
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
 
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
 
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
 
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
 
• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
 
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
 
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.
 
4. POLIS MENANGKAP ANDA
 
4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.
 
4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
 
4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.
 
4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
 
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
 
2. Seorang peguam.
 
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
 
Maklumkan kepada mereka:
 
• yang anda telah ditangkap;
 
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
 
• Balai Polis di mana anda dibawa.
 
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
 
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
 
• Di Balai Polis, atau
 
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
 
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
 
5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam
 
Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.
 
5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.
 
5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.
 
5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.
 
5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).
 
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
 
6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.
 
6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.
 
6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.
 
Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
 
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
 
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
 
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
 
6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman
 
Maklumkan kepada Majistret:
 
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
 
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
 
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
 
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
 
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
 
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.
 
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
 
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).
 
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
 
7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan
 
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.
 
7.2 Apa yang perlu dilakukan
 
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
 
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
 
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.
 
7.3 Hak-hak anda
 
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.
 
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
 
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
 
1. Bantah;
 
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
 
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
 
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
 
8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
 
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
 
• Anda ditangkap.
 
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
 
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
 
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-
 
1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.
 
2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
 
3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
 
4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 
 
8.3 Hak anda
 
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
 
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.
 
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
 
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
 
9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
 
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
 
9.2 Hak anda untuk berdiam diri
 
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."
 
9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
 
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
 
9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
 
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
 
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
 
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
 
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
 
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
 
• Johor : 07-2235 698
 
• Perak : 05-2550 523
 
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
 
• Kelantan : 04-7448 660
 
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
 
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0 
 
 
& the tips, jadikan amal harian, baca Surah Yasin Ayat 1-9 sebelum keluar rumah utk pendinding dari musuh zolim & kafir selalu ;).....insyALLAH.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DITAHAN POLIS KUALA KANGSAR..

SEBELUM JUMAAT TADI KETUA PENERANGAN DPPK BUKIT GANTANG TELAH DITAHAN POLIS KUALA KANGSAR..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pintu rundingan antara polis dgn pihak penganjur demonstrasi pada 9 julai telah tutup menurut kata IGP

Pintu rundingan antara polis dgn pihak penganjur demonstrasi pada 9 julai telah tutup menurut kata IGP. Polis tidak akan melayan lagi sebarang dialoq kerana kedegilan pihak penganjur membatalkan perhimpunan haram.Polis hanya akan bertindak pada 9 julai ini mengikut akta serta undang2 yg ada.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramai jemaah di Masjid Negara Kuala Lumpur keluar masjid

Ramai jemaah di Masjid Negara Kuala Lumpur keluar masjid setelah mendengar khatib memberi pengisian khutbah tentang 'Bahayanya Bersih'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SEMUA HARGA BARANG NAIK

SEMUA HARGA BARANG* NAIK

(1) Ayam RM8.00 (naik RM1)
(2) Daging RM13 (naik RM1)
(3) Ikan Bilis RM 12 (naik RM2)
...(4) Bawang RM7 (naik RM0.50)
(5) Kunyit Babas RM4.90 (naik RM1)
(6) Cili kering RM7 (naik RM1)
(7) Sardin RM6.10 (naik RM0.30)
(8) Milo 400mg RM6.40 (naik RM0.30)
(9) Gula RM2.30 (naik RM0.20)

*Pasar Chow Kit
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TV

Dulu , kalau tengok TV, buka astro je...tapi sejak pelancaran BERSIH, rasa seronok tengok tv, terutama berita tv 1,2 dan 3 suku...seronok tengok media gomen berpenat lelah promosi BERSIH...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik

"Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sapalah yg bodoh nak Jdi komunis di zaman moden nie

Pelik bin hairan .. Banyaklah isu parti komunis la nie ... Sapalah yg bodoh nak Jdi komunis di zaman moden nie... Cerciter.. Cerciter
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila kerajaan bagi geran tanah, mereka kata sebagai gimik politik

Bila kerajaan bagi geran tanah, mereka kata sebagai gimik politik, padahal dulu pun mereka bagi geran jugak. Polisi Kerajaan Negeri adalah untuk menjadikan Kedah Sejahtera.
Rakyat yang sudah sekian lama memohon tanah, kebanyakkannya sudah berpuluh tahun tertunggak, kita selesaikan dan kita bagi geran tanah. Rakyat cuma perlu bayar premium tanah dan bayar cukai tanah tahunan. Kerajaan Negeri jugak dapat hasil.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KHUTBAH JUMAAT JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

TAJUK KHUTBAH JUMAAT JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG HARI INI : "JENAYAH QAZAF ADALAH BERDOSA BESAR"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baju Kuning

kalau jalan kat bandar kuantan pakai baju bersih mesti ken tangkap.... alamak camane ni yek?.. tapi nak jugak pakai


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
takda akta dalam pelembagaan negara mengatakan pakai baju kuning salah .....kalau perhimpunan BERSIH pakai baju kuning salah ...elok perhimpunan pada hari itu semua yg hadir jangan pakai baju pakai je seluar warna kuning

Dari luahan hati seorang pejuang bersih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.