Suara Berita

Suara Berita

Saturday, July 2, 2011

KENYATAAN ZUNAR TERHADAP TINDAKAN POLIS MENYIASAT SASTERAWAN NEGARA, A SAMAD SAID

KENYATAAN ZUNAR TERHADAP TINDAKAN POLIS MENYIASAT SASTERAWAN NEGARA, A SAMAD SAID
By Zunar Kartunis Dua

Sasterawan Negara A Samad Said dipanggil untuk disoal siasat oleh polis di Balai Dang Wangi pada jam 2.30 petang 27 Jun 2011. Ini berikutan kehadiran beliau di majlis pelancaran Bersih pada 20 Jun lepas di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.
Kenyatan saya:
1. Kehadiran A Samad pada pelancaran itu adalah untuk bersama-sama rakyat menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.
2. Karyawan yang bertanggungjawab adalah golongan yang paling dekat dengan rakyat. Karyawan mesti marasai degup jantung rakyat dan mendepani isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.
3. Seseorang karyawan menjadi tidak relevan sekiranya meminggirkan tanggungjawab sosial dengan memekakkan telinga terhadap rintihan rakyat terbanyak, apatah lagi apabila berdepan dengan sebuah kerajaan yang korup, rasuah dan zalim.
4. Tindakan A Samad hadir pada majlis Bersih adalah satu tindakan terhormat oleh seorang yang bergelar Sasterawan Negara dan ia wajar dipuji.
5. Saya menyeru karyawan-karyawan di Malaysia; penulis, penyajak, penyanyi, pelakon, pelukis, pengarah filem, pencipta lagu, penggiat teater dan sebagainya supaya bangkit dari lena yang panjang dan mengikuti jejak langkah A Samad.
Zunar
Pelukis kartun editorial)
(27 Jun 2011)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment